suria

UniPin bekerjasama dengan Genshin Impact kukuhkan pasaran di Asia Tenggara

Genshin Impact boleh didapati di UniPin bagi mempermudah akses tambah untuk pemain di semua lokasi, diikuti dengan rangkaian acara khas untuk pemain di empat negara.

UNIPIN mengumumkan kerjasama dengan pemainan video Genshin Impact, bagi mengukuhkan pasarannya di Asia Tenggara.

Kerjasama ini bakal memperkenalkan kemudahan akses penambahan kepada pengguna Genshin Impact yang berada di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand bermula September ini.

Sejak dilancarkan, Genshin Impact menjadi permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun di 30 buah negara.

Genshin Impact juga turut menjadi perhatian pemain peringkat teratas di Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Dalam masa yang sama, kolaborasi ini bakal membolehkan para pemain Genshin Impact membeli item dalam permainan menerusi laman web UniPin serta saluran kerjasama yang lain.

Selain itu, pengguna juga boleh menantikan siri acara khas yang melibatkan penciptaan kandungan bagi Genshin Impact melalui saluran media sosial UniPin.

Ia juga bakal merangkumi penggemar pencipta seni fan arts dan Windblume Festival yang turut menyediakan hadiah bernilai jutaan Kredit UniPin.

1 copy

UniPin bekerjama dengan Genshin Impact bagi mengukuhkan pasarannya di Asia Tenggara

Ketua Pegawai Eksekutif UniPin, Ashadi Ang memberitahu, kerjasama antara Genshin Impact dan UniPin menjadi realiti disebabkan visi kedua-dua pihak dalam memberikan pengalaman permainan terbaik yang dapat diakses secara meluas dan menyeronokkan bagi semua pemain dan peminat di Asia Tenggara.

“UniPin dan Genshin Impact menjanjikan komitmen yang sama dalam mengembangkan industri permainan video di Asia Tenggara.

"Peningkatan populariti Genshin Impact akan disokong oleh perkhidmatan UniPin yang menyeluruh di semua negara di Asia Tenggara.

"Oleh yang demikian, kami optimis untuk memberikan pengalaman permainan terbaik kepada semua." ujarnya.

Peminat juga dapat menikmati kandungan lain di Genshin Impact seperti pertandingan manga dan cosplay yang didatangkan dengan hadiah hebat.

Maklumat mengenai kolaborasi dan kempen boleh diakses melalui akaun media sosial rasmi dan laman web UniPin di www.unipin.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

UniPin, Genshin Impact, Esports, Manga, Cosplay

Artikel Lain