suria

Check-out Top 5 pemain tengah FIFA 22 paling pantas berlari

Antara lima pemain terpantas di posisi tengah (CM) dalam FIFA 22.

KELAJUAN pemain dalam FIFA 22 ialah kadar di mana pemain membuat larian yang menentukan seberapa pantas pemain boleh mencapai kelajuan.

Dengan pengenalan Explosive Sprint dalam FIFA 22, pemain pantas mempunyai kelebihan tambahan.

Artikel ini akan menyenaraikan lima pemain terpantas di posisi tengah (CM) dalam FIFA 22.

5) Marcelino Moreno

e36otppebf8ofosqguzb.png

Marcelino Moreno kini beraksi untuk pasukan Atlanta United.

Pemain tengah berasal daripada Argentina ini menyertai pasukan Major League Soccer (MLS) Atlanta United pada 2020.

Pemain itu hadir dengan gerakan kemahiran 5 bintang dan kemahiran menggelecek (83) yang menakjubkan.

Moreno ialah antara pemilihan pemain tengah yang pantas.

4) Emre Can

1229145152.jpg.0

Emre Can kini beraksi untuk pasukan Borussia Dortmond.

Selepas bermain di beberapa kelab terkemuka di Eropah, seperti Bayern Munich, Liverpool, dan Juventus, pemain tengah Jerman itu kini bermain untuk pasukan Borussia Dortmund.

Emre Can adalah pemain tengah serba boleh dengan kualiti pertahanan yang sangat baik.

Pemain itu sering mengisi bahagian pertahanan tengah di Dortmund.

3) Bryan Acosta

beomnaa35rlhn4ainhzy

Bryan Acosta kini beraksi untuk pasukan FC Dallas.

Bryan Acosta menyertai kelab MLS FC Dallas pada 2019.

Walaupun rating pemain itu keseluruhannya rendah, Acosta memiliki kelajuan yang luar biasa (88) dan kekuatan sepakan (86).

Pemain tengah itu mempunyai fizikal yang hebat dengan rating (83)

2) Federico Valverde

1335732812.0

Federico Valverde kini beraksi untuk pasukann Uruguay.

Pemain berusia 23 tahun ini adalah kuasa besar dalam memainkan peranan pemain tengah di Real Madrid.

Dengan kedua-dua keupayaan pertahanan dan serangan, Valverde adalah tambahan yang sangat baik untuk mana-mana bahagian tengah.

Valverde merupakan pemain pasukan kebangsaan Uruguay.

1) Marcos Llorente

marcos-llorente_w7tluizxyees1391k6qak4lyv

Marcos Llorente kini beraksi untuk pasukan Atletico Madrid

Llorente mempunyai kecerdasan taktikal dan merupakan pemain serba boleh untuk bermain di setiap posisi kecuali pemain pertahanan tengah dalam FIFA 22.

Pemain itu mempunyai potensi untuk mencapai rating (89) dan mempunyai keupayaan menggelecek yang sangat baik.

Bekas pemain Real Madrid itu juga seorang penjaring gol yang baik serta sering berada di posisi sepatutnya untuk menjaringkan gol. -sportskeeda

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

FIFA 22, Esports, EA sports.

Artikel Lain