suria

Padah buat isyarat lucah, Ronaldo digantung satu perlawanan

Ronaldo membuat isyarat tangan kepada penyokong Al Shahab.

CRISTIANO Ronaldo dikenakan penggantungan satu perlawanan gara-gara membuat isyarat lucah semasa semasa aksi Liga Pro Saudi antara Al Nassr dan Al Shabab, Selasa lalu.

Perkara tersebut diumumkan Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF).

Jawatankuasa itu berkata, Ronaldo perlu membayar denda 10,000 riyal Saudi (RM12,700) kepada Persekutuan Bolasepak Saudi dan 20,000 riyal (RM25,410) kepada Al-Shabab untuk menampung kos yuran pemfailan aduan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo gagal tahan marah dengar nama Messi disebut, buat isyarat tangan untuk peminat Al Shahab

Susulan kemenangan Al-Nassr 3-2 ke atas Al-Shabab Ahad lalu, Ronaldo disambut dengan sorakan nama 'Lionel Messi' daripada penyokong pasukan lawan.

Bengang dengan tindakan mereka, bintang Portugal itu membuat isyarat tangan ketika di padang.

Video aksi Ronaldo tular di internet dan mengundang kritikan daripada netizen. -Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain