suria

Harry Maguire pemain pertahanan termahal akan dijual pada tahun depan

Hari yang berbaki untuk Harry Maguire di Manchester United sudah tidak lama.

HARRY Maguire dijangka akan berlepas dari Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas tahun depan.

Maguire mula menabur bakti bersama Manchseter United pada tahun 2019 dengan rekod perpindahan 85 juta pound (RM471 juta) dari Leicester City.

Tiga tahun selepas itu prestasi yang dipersembahkan Maguire dilihat tidak lagi memuaskan pada mata The Red Devils.

Petanda dapat dilihat apabila Maguire tidak lagi dimasukkan ke dalam pemilihan kesebelasan utama jurulatih Erik ten Hag sejak awal musim 2022/23.

Jurulatih Belanda itu dikatakan kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan Maguire di atas padang.

Menurutnya, kelajuan Maguire yang perlahan menjejaskan keberkesanan pemain England itu di posisi pertahanan.

Kini gandingan Raphael Varane dan Lisandro Martinez menjadi pilihan Ten Hag di barisan pertahanan.

Manchester United mengakui bayaran 85 juta pound untuk Maguire tidak akan dapat digantikan semula dan berhasrat meminta tawaran harga yang berpatutan dari kelab baharunya. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain