suria

Poster tepi stadium jadi 'hint', masa depan Cristiano Ronaldo di Man Utd lebih jelas

Manchester United melancarkan mural nombor tujuh ikonik baharu (Foto: Eamonn dan James Clarke)

MASA depan Cristiano Ronaldo di Manchester United semakin jelas selepas kelab itu memberikan satu petunjuk besar.

Pemain berusia 37 tahun itu mahu meninggalkan Old Trafford pada musim panas selepas United terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara tetapi menafikan pertukarannya.

Ronaldo terus dikaitkan dengan perpindahan pada Januari sejak itu, dengan kontraknya akan tamat pada penghujung musim, walaupun kelab mempunyai pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.

Bagaimanapun, pembukaan mural baharu di Old Trafford nampaknya telah mengesahkan bahawa Ronaldo tidak akan dibenarkan meninggalkan kelab itu pada pertengahan musim.

Ronaldo telah dimasukkan ke dalam poster di tepi stadium memaparkan nombor tujuh yang merupakan ikon kelab itu dan turut menampilkan David Beckham, Eric Cantona dan Ella Toone.

Walaupun dimasukkan ke dalam mural, masa depan jangka panjang Ronaldo masih diragui di mana kelab itu masih belum mengesahkan sama ada perjanjiannya akan dilanjutkan selepas tamat kempen.

Ronaldo malah menjadi kapten Red Devils di Aston Villa pada Ahad merupakan kali pertama dia memakai lilitan dalam liga musim ini. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain