suria

Manchester United nafi Pogba minta naik gaji RM3.1 juta seminggu

Pogba masih mempunyai Kontrak dua tahun di Old Trafford.

MANCHESTER United tampil mempertahankan spekulasi mengenai pemainnya, Paul Pogba.

Pogba dilaporkan meminta pihak pengurusan untuk kenaikan gaji, namun ia dinafikan kelab.

United mendedahkan permintaan terbaharu Pogba untuk 600,000 paun (RM3.1 juta) seminggu adalah tidak benar.

Pemain antarabangsa Perancis itu bercadang untuk berpindah ke Real Madrid musim lalu, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Sejak Ogos lalu Pogba hanya beraksi dua perlawanan sahaja gara-gara kecederaan buku lali, malah dijangka tidak akan bermain menjelang perlawanan bertemu Newcastle Ahad ini.

"Paul masih mempunyai dua tahun baki kontrak dan pilihan setahun tambahan.

"Jadi tidak ada perbincangan kontrak baharu dan Paul tidak memberitahu apa-apa untuk naikkan gajinya.

"Dia kini hanya fokus 100 peratus kecergasan untuk kembali ke skuad. Sesiapa yang memberitahu dia minta gaji 600,000 paun seminggu, ia adalah tidak benar," jelas sumber kelab. -Dailymail.co.uk

Paul Pogba, Manchester United, Gaji

Artikel Lain