Guardiola pesan supaya pemain muda jangan takut datang ke City

Foden antara produk hasil daripada Akademi Manchester City.

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menasihati pemain muda Phil Foden untuk tidak serik bermain dengan kelab ini selepas kurang beraksi.

Bekas bos Barcelona dan Bayern Munich itu tidak putus-putus memberitahu minatnya dengan Foden dan menggelarnya 'pemain paling berbakat' yang pernah dilatih.

Pemain muda berusia 19 tahun itu masih diberi peluang untuk bermain dalam tempoh 10 minit dalam aksi Liga Perdana musim ini.

Foden dianggap pemain paling berjaya lahir daripada akademi City hasil daripada pelaburan kelab.

Namun pemain-pemain muda sukar untuk mengembangkan bakatnya berikutan ramai pemain senior yang berada dalam skuad utama.

Pun begitu, Guardiola tidak bimbang jika pemain muda ini 'dicuri' kerana ia peluang yang baik.

"Saya tidak nampak faktor umur jadi masalah. Jika pemain itu mahu datang ke sini, kami mengalu-alukannya. Jika tidak mahu, mereka tidak akan datang," jelasnya. - Onefootball

Artikel Sebelum

Artikel Lain