suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih rela tak cukup penyerang daripada ‘simpan’ Lukaku - Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer. Foto Reuters

OLE Gunnar Solskjaer mengatakan dia lebih rela kekurangan penyerang berbanding ada Romelu Lukaku di Manchester United kerana 'fikiran pemain itu melayang'.

Kelab Red Devils menjual pemain skuad kebangsaan Belgium itu menerusi jendela perpindahan pada musim panas, dengan Inter Milan.

Solskjaer memilih untuk menggantikan Lukaku, meletakkan kepercayaannya kepada Marcus Rashford dan Anthony Martial pada musim ini.

Bagaimanapun, kedua-dua penyerang itu terlepas beberapa permainan akibat kecederaan.

Keadaan itu memberi kesan kepada Manchester United yang kekurangan pemain hebat.

Walaupun Solskjaer dikritik kerana menjual Lukaku, tetapi beliau menegaskan gembira dengan keputusan itu.

Malahan katanya, sudah tiba masanya untuk pemain itu meninggalkan Manchester United.

"Saya boleh katakan (kekurangan penyerang) tapi ia adalah keputusan yang saya buat dan saya gembira dengannya," kata Solskjaer kepada Sky Sports. - Mirror UK



Artikel Berikut

Artikel Lain