suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Manchester United hadapi tempoh paling sukar sepanjang karier saya di Old Trafford” – De Gea

David De Gea. Foto Reuters

DAVID de Gea memberitahu Manchester United kini melalui tempoh paling sukar sepanjang kariernya bersama kelab itu.

Pemain itu bagaimanapun menjelaskan dia tidak tahu apakah yang sedang berlaku.

Kelab Red Devils mahu bangkit kembali dengan kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini dengan ancaman Newcastle di St Jame's Park.

Namun, Manchester United ditewaskan 1-0 oleh Magpies.

De Gea kemudian menyuarakan kekecewaannya susulan kekalahan itu, dan mengakui adalah sangat sukar di Old Trafford ketika ini.

"Ia tidak boleh diterima, bukan hanya permainan ini tetapi sepanjang musim ini," kata De Gea kepada BBC.

"Ia adalah tempoh yang paling sukar sejak saya berada di sini. Saya tidak tahu apa yang berlaku.

"Kami tidak dapat menjaringkan satu gol pun dalam dua perlawanan," tambah De Gea. - Mirror UK


Artikel Sebelum

Artikel Lain