suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar sahkan Jones cakap 'sacked in the morning', Woodward bengang

Woodward mengarahkan Jones supaya diam.

PAKAR percakapan mengesahkan Phil Jones berkata 'sacked in the morning' sebelum Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward menyuruhnya berhenti bercakap.

Insiden tersebut menambahkan lagi ketegangan di Old Trafford selepas tampil dengan aksi hambar musim ini berikutan kekalahan 2-0 kepada West Ham pada Ahad.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu hanya mencatat dua kemenangan dalam 11 perlawanan terakhir dan gagal mencatat kemenangan di tempat sendiri sejak Februari lalu.

Sportmail telah menghubungi dua pakar percakapan persendirian untuk mngesahkan apa yang Jones luahkan sacked in the morning sebelum Woodward berkata 'We're on camera, stop!".

Jones duduk di bahagian penonton di belakang Woodward sambil menggelengkan kepalanya tidak berpuas hati dengan aksi di padang.

Insiden tersebut menjadi bualan di laman sosial yang turut menyedari apa yang Jones luahkan.

Sementara itu, Solskjaer tidak menyalahkan pemain-pemainnya yang dalam tewas dalam perlawanan tersebut.

"Pemain-pemain melakukan apa yang saya suruh. Mereka adalah kunci kepada perlawanan.

"Itu bukan masalahnya. Kualiti dalam membuat keputusan, kadang-kadang sudah dirancang.

"Mereka menunjukkan semangat dan fokus di landasan yang betul". - Dailymail.co.uk

Artikel Lain