suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas pemain Manchester United bersara

Berbatov mengambil keputusan bersara selepas 20 tahun bergelar pemain profesional.

BEKAS pemain Manchester United dan Tottenham Hotspur Dimitar Berbatov mengumumkan persaraan daripada karier bola sepak.

Pengumuman itu dibuat selepas 18 bulan meninggalkan kelab India, Kerala Blasters sekaligus menamatkan karier 20 tahunnya.

Pemain berusia 38 tahun yang mencatat rekod penjaring terbanyak untuk Bulgaria pernah beraksi bersama CSKA Sofia, Bayer Leverkusen, Fulham, Monaco dan PAOK.

"Seseorang menyuruh saya untuk bercakap sesuatu, jadi saya perlu memberi sepatah dua kata.

"Perlawanan terakhir saya lebih kurang setahun dulu. Jadi saya fikir sudah tiba masanya walaupun sudah terlambat."

Berbatov yang bermain sebagai penyerang turut membantu Manchester United menjulang trofi Liga Perdana sebanyak dua kali.

Malah dia turut dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulgaria sebanyak tujuh kali di antara tahun 2004 dan 2010.

Berbatov menyertai Manchester United dari Spurs pada tahun 2008 dengan nilai perpindahan 30.8 juta paun.

Dia bersama pasukan Bulgaria pada 1999 ketika usia 18 tahun namun bersara dari arena antarabangsa 2010 selepas merakam 48 gol dalam 79 perlawanan. - eurosport

Artikel Sebelum

Artikel Lain