suria

Fati milik Barcelona bakal lakar sejarah pemain termuda dalam aksi Liga Juara-Juara

Fati menjadi perhatian sejak berusia 9 tahun.

ANSU Fati bakal mencipta sejarah bola sepak dunia apabila pemain berusia 16 tahun ini akan bermain dalam aksi Liga Juara-Juara.

Fati dianggap sebagai pemain muda luar biasa apabila tiga buah kelab berebut untuk mendapatkannya ketika berusia 9 tahun.

Malah ketika itu juga, Real Madrid menawar  membeli rumah untuknya.

Bapanya, Bori merupakan seorang pemain bola sepak sebelum berpindah ke Sepanyol pada tahun 2001 dari Republik Guinea-Biassau.

Keluarganya itu tinggal di sebuah perkampungan kecil dipanggil Herrera.

“Saya tidak tahu dia bagus dalam bola sepak. Ansu selalu meminta saya setiap hari membawanya bermain bola sepak.

“Saya agak penat kerana dia asyik minta temankan dia. Akhirnya saya tinggal dia di padang di padang.

“Saya meminta dia balik apabila sudah penat.

“Saya perlu pergi kerja dan tapi malam itu ramai orang di depan rumah dan berkata: “Fati kamu tahu apa yang ada di sini? Saya jawab ‘tidak’.

“Dan mereka cakap ‘esok bawa Ansu ke padang dan kamu akan lihat dia bermain.”

“Apabila ke padang esok hari, saya tengok dia menggelecek dan melepasi semua orang,” ujar Bori.

Pada usia 10 tahun Ansu berpindah ke Barcelona menyertai abangnya Brima yang telah beraksi untuk La Masia.

Bulan lalu, Ansu sudah dipanggil menyertai latihan dalam skuad utama Barcelona.

Dia mengikat kontrak sehingga 2022 dengan klausa perpindahan dengan harga 100 juta euro (RM459 juta). -Dailymail.co.uk

Ansu Fati, Barcelona

Artikel Berikut

Artikel Lain