Solskjaer beri amaran kepada Rashford-Lingard - Sukan | mStar

Solskjaer beri amaran kepada Rashford-Lingard

Rashford (kiri) dan Lingard merupakan rakan baik di Manchester United.

OLE Gunnar Solskjaer memberi amaran tegas kepada Jesse Lingard dan Marcus Rashford berkaitan dengan prestasi masing-masing.

Pengurus Manchester United itu dilapor mengadakan perjumpaan berasingan dengan penyerang duo itu yang juga merupakan rakan baik di Old Trafford.

Menurut The Sun, Solskjaer bimbang dengan Lingard berkaitan dengan perkara di luar padang sekali gus boleh memberi kesan kepada prestasinya.

Ia berlaku selepas Lingard memperkenalkan label fesyennya sendiri Be Yourself  Disember lalu serta jenana 'JLINGZ'.

Laporan juga mencadangkan agar Solskjaer turut memerhati Rashford yang mungkin mengikut langkah kawan baiknya itu.

Solskjaer mahu mereka berdua fokus untuk menjadi pemain lebih baik.

"Jika ia menjadi perkara yang serius di bilik persalinan, ia tidak boleh di toleransi. Sebab itulah saya bimbang.

"Tidak boleh ada toleransi dengan pemain muda yang masih belajar.

"Dia boleh menjadi pemain paling baik di dunia, saya tidak tahu yang lain, tetapi jika kamu datang dengan perkara yang mengarut...'," kata Solskjaer. -Dailymail.co.uk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain