Owen dedah anak lelakinya tidak akan bergelar pemain profesional, alami masalah penglihatan - Sukan | mStar

Owen dedah anak lelakinya tidak akan bergelar pemain profesional, alami masalah penglihatan

Owen bersama anaknya, James.

MICHAEL Owen mendedahkan anak lelakinya tidak akan mengikut jejaknya sebagai pemain bola profesional kerana mengalami masalah penglihatan.

Anaknya, James,13, didianogsis dengan penyakit Stargardt beberapa tahu lalu yang melibatkan retina matanya rosak dan menyebabkan kurang penglihatan.

Owen sebelum ini enggan mendedahkan situasi anaknya ini kepada umum, namun memberitahu tidak ada peluang James bermain secara profesional.

"Dia tidak akan menjadi pemain bola sepak. Anak saya mengalami masalah mata. Saya tidak pernah memberitahu perkara ini. Saya tidak mahu ia menjadi tajuk utama.

"Secara rawatan, dia buta. Dia mempunyai penyakit Stargardt, yang berkitan dengan retina. Saya pernah melihat dia (bermain) dan membantunya untuk kedudukan 

"Dia tidak boleh melihat bola sehingga 5 yard (4.5 meter) . Seperti mana setiap bapa ingin melihat anaknya bermain bola, begitu jugalah saya.

"Semua orang bertanyakan perkara ini, 'Adakah dia akan bermain bola sepak' dan saya hanya berada di tepi padang sambil mendengar jeritan 'Dia tidak sebagus bapanya'. -Dailymail.co.uk

Michael Owen , James , mata

Artikel Berikut

Artikel Lain