suria

Penyokong sanggup beli tiket final CL RM52,908, "Peluang sekali seumur hidup"

Salah seorang setia The Reds, Darwish terpaksa meminta belas kasihan untuk mendapat tiket final Liga Juara-Juara awal pagi Ahad ini.

BAHANG final Liga-Juara-Juara antara Spurs dan Liverpool semakin panas yang bakal berlangsung di Wanda Metropolitano, Sepanyol awal pagi Ahad ini.

Ribuan penyokong kedua-dua belah pasukan mula membanjiri stadium seawal mungkin untuk sama-sama menyaksikan perlawanan dua kelab Inggeris di pentas akhir.

Namun, tidak semua penyokong setia yang bertuah sempat mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan akhir ini.

Salah seorang penyokong setia The Reds, Samy Darwish tidak pernah ketinggalan menyaksikan perlawanan kelab kesayangannya itu sanggup terbang dari Dubai, namun malangnya tidak mempunyai tiket aksi aksi akhir ini.

Kedua-dua pasukan hanya disediakan 32 ribu keping tiket akhir ini, yang menyebabkan ramai penyokong hadir tanpa tiket.

Tiket hanya diperuntukkan 32 ribu sahaja untuk kedua-dua pasukan.

Walaupun pemegang tiket bermusim aksi liga Darwish,41, tidak layak membeli tiket final aksi ini kerana dia tidak menonton perlawanan 'away' sebelum ini.

Doktor gigi ini sanggup terbang dari Dubai ke Liverpool setiap kali perlawanan termasuk aksi di Anfield.

Demi mendapatkan sekeping tiket dia sanggup berdiri di Puerta de Sol memakai baju-T bertulis 'I need a ticket'.

"Musnah. Saya tidak percaya kelab memberitahu saya tidak layak untuk tiket final.

"Malah saya telah menulis surat kepada Peter Moore (Ketua Eksekutif Liverpool), tapi dia memberitahu bahawa tidak dapat menolong saya.

"Saya menghabiskan ribuan setiap musim untuk menyaksikan pasukan kesayangan saya ini.

Burt sanggup membayar 10 ribu paun untuk dapatkan tiket final.

"Saya memutuskan untuk datang ke Madrid walaupun tanpa tiket dan berharap ada orang akan kesiankan saya," ujarnya.

Sementara itu penyokong Tottenham Hotspur John Burt dari Bagshot mendedahkan dia mengeluarkan bajet sebanyak 7 ribu paun untuk membeli tiket secara 'gelap'.

"Jika seseorang menawarkan tiket tulen, saya sanggup membayarnya sebanyak 10,000 paun (RM52,908).

"Saya telah menonton Spurs sejak 40 tahun lalu dan tidak pernah terfikir kami akan ke final Liga Juara-Juara.

"Ini adalah peluang sekali seumur hidup," katanya.

Liverpool, Spurs, Penyokong

Artikel Lain