Hazard letih, tidak diturunkan bertemu Liverpool Ahad ini - Sukan | mStar

Hazard letih, tidak diturunkan bertemu Liverpool Ahad ini

Eden Hazard.

BINTANG Chelsea Eden Hazard 'keletihan' dan mungkin direhatkan menjelang aksi menentang Liverpool pada Ahad ini.

Anak buah Maurizio Sarri ketika bertemu Slavia Prague pada aksi pertama suku akhir Liga Europa, malam Khamis.

Sarri mengakui dia mungkin melakukan lima atau enam pertukaran pemain yang diturunkan pada malam Khamis ketika bertemu Liverpool kelak.

Hazard menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan terakhirnya dan menjadi tonggak utama Chelsea.

"Kami tidak tahu sama ada Hazard akan beraksi kerana semalam dia hanya berlatih di gim jadi saya tidak bertemu dengannya.

"Pagi ini dia amat letih, jadi saya perlu menunggu sehingga awal pagi esok dan saya akan buat keputusan," katanya. - Liverpoolecho.co.uk

Eden Hazard , Liverpool

Artikel Sebelum

Victor Andrag rangka misi Kedah bangkit

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain