suria

Kepa jelaskan bagaimana salah faham dengan Sarri berlaku

Reaksi Kepa menyelamatkan gol daripada Leroy Sane (Manchester City). - Foto AP

PENJAGA gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga menafikan sekerasnya bahawa dia bersalah atas kekalahan kepada Manchester City pada Piala Carabao.

Kepa berkata tindakannya yang kelihatan seperti enggan keluar padang adalah satu salah faham kerana dia sebenarnya cuba memberi isyarat kepada bangku simpanan bahawa dia boleh bermain.

Memetik laporan Independent, Kepa menegaskan dia hanya cuba untuk melengahkan masa, tetapi kemudian menyedari ia bukan satu imej yang baik.

"Pertama sekali, saya perlu mengatakan ia hanya salah faham.

"Saya langsung tidak berniat untuk tidak mematuhi, atau mengingkari bos.

Reaksi Sarri selepas Kepa enggan digantikan. - Reuters

"Ini hanya salah faham kerana saya telah dirawat oleh pasukan medik sebanyak dua kali, dan dia berpendapat bahawa saya tidak berada dalam keadaan baik untuk meneruskan permainan.

"Ia adalah kekeliruan selama dua atau tiga minit sehingga pasukan medik sampai ke bangku simpanan dan mereka menjelaskan semuanya dengan baik.

"Ini tiada kaitan dengan masalah yang saya alami minggu ini.

"Dia sangkakan saya tidak dapat meneruskan permainan tetapi sebenarnya saya cuba beritahu keadaan fizikal saya baik sahaja," jelas Kepa.

Sementara itu, Telegraph pula melaporkan, masa depan pengurus Chelsea Maurizio Sarri dalam bahaya selepas Kepa enggan ditukar ketika penalti pada perlawanan akhir Piala Carabao.

Nasib Sarri sudah di hujung tanduk menjelang perlawanan akhir tersebut, tetapi mungkin dapat diselamatkan jika Chelsea dapat menewaskan City.

Kepa Arrizabalaga

Artikel Berikut

Artikel Lain