suria

Video intim disebar pihak tak bertanggungjawab, Lewis Hamilton kunci mulut

VIDEO intim antara juara Formula 1 (F1) bersama bekas teman wanitanya, Nicole Scherzinger mula bertebaran di internet.

Selain video, foto-foto mesra antara Hamilton dengan bekas penyanyi kumpulan The Pussycat Dolls itu turut disebarkan.

Menerusi rakaman yang dimuat naik, pasangan itu berpelukan mesra di atas katil.

Tarikh sebenar rakaman itu tidak dapat dikenalpasti, namun mereka berpisah sekitar tahun 2015.

Wakil Nicole dan Hamilton turut dihubungi bagi mengulas penyebaran itu.

Namun kedua-duanya gagal dihubungi dan belum ada apa-apa kenyataan dibuat sehingga kini.

Minggu lalu, Hamilton turut membuat posting mengenai Hari Kekasih.

"Gembira tengok orang raikan Hari Kekasih dengan pasangan mereka.

"Saya sudah setahun bersendirian dan tak sambut Hari Kekasih," tulisnya di Instagram. - Daily Star.

Artikel Lain