Ratu skuasy negara Nicol David umum persaraan - Sukan | mStar

Ratu skuasy negara Nicol David umum persaraan

RATU skuasy negara, Datuk Nicol David mengumumkan dia bakal bersara tidak lama lagi.

Pemain berusia 35 tahun itu akan bersara sewaktu penghujung musim Professional Squash Association (PSA) Jun ini.

"Setelah lebih 20 tahun bermain untuk Malaysia, bersaing dalam peringkat profesional dan memperoleh pencapaian terbaik dalam kerjaya sebagai satu-satunya atlet Malaysia untuk mencapai penghargaan ini dan diiktiraf oleh rakan-rakan, saya dengan bangga mengumumkan sudah bersedia untuk bersara pada penghujung musim Jun ini.

"Ini adalah detik yang akan dilalui oleh setiap atlet, untuk meneroka apa lagi yang ada dalam diri mereka. Pada saat ini dalam hidup, saya bersedia untuk meneroka lebih daripada yang saya lakukan sekarang.

"Ianya keputusan yang sukar dan lama saya fikir. Saya tahu ini musim terakhir saya," ujar Nicol.

Pengumuman itu dibuat sebelum dia menyertai Kejuaraan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat bermula 23 hingga 2 Mac.

Atlet kelahiran Pulau Pinang itu mengakhiri kerjayanya dengan 81 gelaran PSA daripada 102 perlawanan akhir.

Dia memegang rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama 109 bulan bermula 2006 hingga 2015. - The Star.

Nicol David , Squasy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Safee Sali tinggalkan Perlis

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel