suria

Kalah 2-0 di tangan MU, penyokong Chelsea salahkan Maurizio Sarri

HASIL jaringan Ander Herrera dan Paul Pogba membolehkan Manchester United (MU) mengalahkan Chelsea 2-0 sekaligus melayakkan mereka ke suku akhir Piala FA.

Herrera meletakkan MU di hadapan menerusi jaringan pada minit ke 31 sebelum gawang Chelsea sekali lagi dibolosi oleh Pogba sebelum berakhirnya separuh masa pertama.

Selain faktor pemain, kredibiliti jurulatih, Ole Gunnar Solskjaer yang menggantikan Jose Mourinho baru-baru ini turut dikaitkan dengan kemenangan itu.

Chelsea bagaimanapun gagal mencari peluang untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Dalam pada itu, penyokong Chelsea yang berang dengan kekalahan tersebut bertindak mempersenda jurulatih pasukan itu.

Selain bersorak dengan nada penghinaan, mereka turut menyanyi untuk menyindir Maurizio Sarri.

"You're getting sakced in the morning," (kamu akan dipecat pagi esok)" laung penyokong Chelsea.

Malah, mereka turut menyifatkan perlawanan itu sebagai yang terakhir buat Sarri.

Selain penyokong, bekas pemain Chelsea, Sutton turut meletakkan kesalahan ke atas Sarri.

Dia yang bermain dengan Chelsea pada 1999 hingga tahun 2000 berkata, banyak sebab akan menjadi punca pemecatan Sarri. - Sportsnet/BBC.

MU, Chelsea, Pogba, Sarri

Artikel Lain