suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ferguson senyum lebar tonton Manchester United menang ke atas Chelsea

SIR Alex Ferguson tersenyum lebar ketika menyaksikan kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Chelsea pusingan kelima Piala FA awal pagi Selasa.

Ander Herrera dan Paul Pogba membuatkan penyokong-penyokong Chelsea terdiam dengan dua gol kemenangan tersebut.

Bekas pegurus legenda United itu sentiasa kelihatan di stadium menyaksikan perlawanan semenjak anak didiknya Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih tugas sementara di Old Trafford.


Solskjaer menghabiskan sebelas musim bersama Ferguson sebagai pemain di antara tahun 1996 dan 2007.

Malah Ferguson,77, juga kelihatan turun ke pusat latihan Solskjaer.

Kemenangan ini kembali menceriakan penyokong-penyokong United selepas tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara pusingan 16 pasukan minggu lalu.

Kehadiran Solskjaer menggantikan Jose Mourinho yang dipecat Disember lalu ternyata mengubah suasani lebih positif di Old Trafford.-Dailymail.co.uk

Sir Alex Ferguson

Artikel Lain