suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar yakin PSG akan rangkul trofi Liga Juara-Juara

NEYMAR yakin Paris Saint-Germain (PSG) akan menjulang trofi Liga Juara-Juara tahun ini.

Bintang Brazil itu yakin kerana kelabnya luar biasa dan mempunyai jurulatih genius Thomas Tuchel.

Neymar terlepas aksi pusingan 16 pertama bertemu Manchester United pada Selasa berikutan masih dalam proses pemulihan kecederaan sejak bulan lalu.

Biarpun tanpa kelibat Neymar, PSG berjaya meledak dua gol tanpa balas di Old Trafford yang meletakkan mereka posisi selesa untuk ke suku akhir.

Penghuni teratas Ligue 1 ini masih belum merekodkan kejayaan di peringkat Eropah ini biarpun pemilik kelab Qatar Sports Investment telah membuat pelaburan besar sebelum ini.

Namun Neymar,27, percaya ia akan berlaku hujung tahun ini.

Sekiranya mereka layak ke final, Neymar dijangka sudah boleh beraksi pada 1 Jun ini di Wanda Metropolitano, Madrid.

"PSG akan menjadi juara Liga Juara-Juara.

"PSG bukan hanya kepada saya tetapi ia melibatkan sebuah pasukan hebat dan jurulatih genius.

"Selain itu, penyokong-penyokong PSG merupakan pemain ke- 12 apabila kami beraksi di Paris.

"Saya tidak ragu-ragu mengatakan bahawa kami akan jadi juara," ujar Neymar.

Neymar, PSG

Artikel Lain