Final 1 Piala AFF: Malaysia ikat Vietnam 2-2 di laman sendiri - Sukan | mStar

Final 1 Piala AFF: Malaysia ikat Vietnam 2-2 di laman sendiri

Shahrul menyumbang gol pertama negara.

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia membawa dua bekalan gol ke Hanoi bagi pusingan akhir kedua Piala AFF Suzuki apabila mengikat Vietnam 2-2 Stadium Bukit Jalil pada Selasa malam.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu berjaya mempamerkan aksi sengit biarpun dikejutkan jaringan lawan seawal minit ke-22 menerusi menerusi Nguyen Huy Hung.

Dua minit selepas itu, skuad negara sekali lagi tersentak apabila rembatan kencang Pham Duc Huy minit ke-26 melepasi penjaga gol negara Farizal Marlias.

Bagaimana pun Shahrul kembali menebus kesilapannya ketika jaringan pertama Vietnam dengan menjaringkan gol sulung negara minit ke-36.

Bersambung ke babak kedua, kedua-dua pasukan bangkit mencari gol, cuba mendominasikan permainan.

Minit ke-60 sepakan percuma Safawi Rashid berjaya  menyamakan kedudukan 2-2 sekali gus menjadikan permainan semakin rancak.

Ia juga merupakan gol pertama Safawi yang juga Pemain Paling Bernilai (MPV) 2018 dalam kejohanan ini.

Kali terakhir Malaysia muncul juara dalam kejohanan dwi tahunan ini pada tahun 2010.

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut hadir menyaksikan perlawanan akhir pertama ini.

Senarai pemain:

MALAYSIA: Farizal Marlias (GK); 2. Amirul Azhan Aznan, 17. Irfan Zakaria, 3. Shahrul Saad, 21. Nazirul Naim Che Hashim; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C). (Simpanan): 5. Adam Nor Azlin, 6. Syazwan Andik Ishak, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK), 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK). N/A: 4. Syahmi Safari.

VIETNAM: 23. Dang Van Lam (GK), 3. Que Ngoc Hai (C), 5. Doan Van Hau, 8. Nguyen Trong Hoang, 13. Ha Duc Chinh, 15. Pham Duc Huy, 19. Nguyen Quang Hai, 20. Phan Van Duc, 21. Tran Dinh Trong, 28. Do Duy Manh, 29. Nguyen Huy Hung. (simpanan): 1. Bui Tien Dung (GK), 4. Bui Tien Dung, 6. Luong Xuan Truong, 9. Nguyen Van Toan, 10. Nguyen Van Quyet, 11. Nguyen Anh Duc, 12. Nguyen Phong Hong Duy, 14. Nguyen Cong Phuong, 16. Do Hung Dung, 17. Luc Xuan Hung, 22. Nguyen Tien Linh, 26. Nguyen Tuan Manh (GK).

Piala AFF , Final 1

Artikel Sebelum

"Jangan kecewa, peluang masih terbuka"

Artikel Berkaitan