suria

“Ronaldo akan kembali satu hari nanti” - Presiden Real Madrid

Perez percaya Ronaldo akan kembali ke Real Madrid satu hari nanti.

PRESIDEN Real Madrid Florentino Perez Florentino Perez percaya Cristiano Ronaldo akan kembali ke kelab tersebut pada satu hari nanti.

Ronaldo mengakhiri kariernya selama sembilan tahun di Bernabeu pada musim panas lalu untuk menyertai juara Serie A Juventus dalam perjanjian bernilai £100 juta (RM543 juta).

Penyerang kelahiran Portugis itu memenangi 15 trofi dan empat gelaran Ballons d'Or ketika di Madrid sekali gus menjadikannya penjaring terbanyak kelab berkenaan.

Perez memuji Ronaldo dan berkata, dia akan sentiasa kekal di hati semua orang di kelab tersebut.

"Cristiano kekal di hati semua Madridistas.

"Jika saya lihat dia hari ini, saya akan hadiahkannya pelukan.

"Dia adalah pewaris kepada Alfredo Di Stefano. Satu hari dia akan kembali ke Real Madrid," kata presiden berusia 71 tahun itu.

Ronaldo telah membuat permulaan yang mantap di Itali dengan menyumbang tiga gol dan membantu satu jaringan dalam enam kemunculannya. - Daily Mail

Cristiano Ronaldo

Artikel Lain