suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo-Messi dikritik tidak hadir Anugerah Fifa

Ronaldo dan Messi hadir pada majlis Anugerah Fifa tahun lalu.

FABIO Capello mengkritik Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo apabila tidak hadir pada majlis Anugerah Fifa yang berlangsung  Isnin malam.

Nama kedua-dua pemain bola sepak terkenal itu tercalon dalam senarai akhir Pemain Terbaik Fifa.

"Ketiadaan Ronaldo dan Messi? Ia adalah ketiadaan hormat untuk pemain-pemain, Fifa dan seluruh bola sepak dunia.

"Ia mungkin kerana mereka menang sudah banyak dan tidak suka tewas. Dalam kehidupan anda perlu baik apabila menang dan kalah," ujar Capello kepada TVE.

Manakala pemenang Anugerah Fifa iaitu Luka Modrid berkata: "Setiap orang mempunyai alasan tersendiri (tidak hadir). Jelas sekali saya ingin mereka ada di sini, tetapi tiada.

"Turut mengkitik ketidakhadiran mereka adalah bekas penyerang Uruguay dan Manchester United, Diego Forlan yang turut menganggap pemain-pemain itu tidak menghormati majlis sebagai bintang contoh.

"Rasa simpati. Messi hadir tahun lalu, dan dia tidak menang. Dan sedih  berlaku lagi perkara sama apabila Ronaldo tidak hadir pada gala Uefa.

"Setiap pemain penting untuk berada di sini tidak kira menang atau kalah. Seorang pemain perlu menunjukkan sikap dan tindakan kerana mereka adalah model kepada dunia," katanya.

Ronaldo merangkul gelaran tersebut sejak dua tahun lalu serta anugerah Ballond d'Or dan Pemain Terbaik Fifa.

Cristiano Ronal, Lionel Messi

Artikel Lain