suria

Arsenal lupa bagaimana untuk menjuarai Liga Perdana - Cech

PETR Cech berpendapat bahawa Arsenal sudah lupa apa yang perlu dilakukan untuk merangkul trofi Liga Perdana.

Kali terakhir The Gunners merangkul trofi kejuaraan pada musim 2003-04, dan turut gagal layak dalam dua kempen Liga Juara-Juara sepanjang pengurusan Arsene Wenger selama 22 tahun yang berakhir Mei lalu.

Cech yang sebelum ini pernah merangkul empat trofi juara liga ketika bersama Chelsea, berpindah ke Arsenal pada 2015.

Pemain veteren yang masih menjadi penjaga gawang utama dengan mengetepikan pendatang baharu Bernd Leno mahu rakan sepasukannya kembali menjulang semula kejayaan dengan keputusan.

"Untuk kelab yang memenangi gelaran beberapa tahun kebelakangan ini, kamu mempunyai pasukan yang tahun untuk menamatkannya dan ia boleh lihat dalam mana-mana sukan.

"Saya ambil contoh Tiger Woods - tempoh lima tahun untuk kembali selepas kejayaan perlawanan major dan semakin lama 'hilang', semakin sukar untuk kembali.

"Kelab ini sudah tidak menjuarai liga lebih 10 tahun, jadi sudah tentu anda perlu tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Kami bermula dengan pengurus baharu dengan asas, dan cuba menerapkan mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan, perubahan setiap poerlawanan, kerja kuat dan berharap akan dapat membangkitkan kejayaan secepat mungkin atau nanti. Itu akan membuatkan satu perubahan," jelas Cech.

Petr Cech, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain