suria

Kelantan bawa bekalan tipis

Duishobekov (dua, kanan) meraikan jaringan pertamanya bersama rakan pasukan. - fotoBERNAMA

KOTA BHARU: Kelantan gagal menggunakan kesempatan ketika pihak lawan bermain 10 orang untuk membawa bekalan lebih selesa apabila hanya berjaya mengalahkan Sabah 2-1 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Dalam perlawanan malam tadi, tuan rumah mendahului pada minit ke-29 selepas pemain importnya, Aktyiar Duishobekov berjaya menyumbat gol pertama hasil sepakan sudut Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-29.

Sabah kemudiannya terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemainnya, Randy Baruh apabila pengadil Mohammad Zamzaidi Katimin melayangkan kad merah pada minit ke-39 selepas mengasari pemain Kelantan.

Namun dalam keadaan bermain 10 pemain itu, Sabah berjaya menyamakan kedudukan apabila Hamran Peter berjaya menggunakan ksempatan atas kelekaan jentera pertahanan Kelantan untuk menyumbatkan gol pada minit ke-43 perlawanan.

Bagaimanapun, Kelantan mendapat gol kedua mereka pada minit akhir tamat separuh masa pertama, selepas Nik Akif Syahiran Nik Mat berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang mereka perolehi.

Babak kedua menyaksikan Kelantan berusaha untuk menambah gol menerusi beberapa gerakan menarik, namun demikian keadaan 2-1 itu kekal sehingga masa penamat. - BERNAMA

Kelantan, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain