suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seri dengan Wolves, Mourinho salahkan Sanchez, Lukaku

JOSE Mourinho menyalahkan Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku selepas Manchester United sekadar seri 1-1 dengan Wolves pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam Sabtu.

Ia malam yang penuh mengecewakan buat Sanchez yang direhatkan pada pertengahan minggu ini.

Sanchez dikeluarkan pada minit ke-63 dan Mourinho amat kecewa dengan prestasi pemain kebangsaan Chile itu termasuk Lukaku yang terlepas peluang untuk menanduk masuk gol pada babak kedua.

"Saya fikir keputusan seimbang. Wolves layak mendapat satu mata dan kami juga layak dihukum dengan satu mata.

"Mereka (Wolves) bermula lebih agresif dan saya tidak tahu mengapa mereka lebih bersemangat.

"Saya mengharapkan sesuatu daripada jentera serangan saya. Mereka kurang kreativiti, pergerakan terhad dan juga tidak dinamik," katanya.

United mendahului menerusi jaringan Fred pada minit ke-18, kedudukan itu kemudian dipadamkan Joao Moutinho di babak kedua, untuk memastikan pelawat tidak pulang hampa pada kunjungan kali ini.

The Red Devils kini berada di tangga keenam carta Liga Perdana dengan mengumpul 10 mata.

Alexis Sanchez, Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kelantan bawa bekalan tipis

Artikel Lain