Bos Chelsea minta Liga Perdana ubah jadual perlawanan

CHELSEA hanya mempunyai 64 jam untuk berdepan West Ham selepas aksi Liga Europa pada Jumaat.

Berikutan itu, bos The Blues Maurizio Sarri meminta Liga Perdana memberi tempoh yang cukup untuk dalam jadual perlawanan bagi membantu kelab Inggeris di Eropah.

Chelsea menewaskan PAOK Salonika 2-1 ketika aksi pembukaan Liga Europa pada Jumaat.

Dan pada Ahad, anak buah Sarri bakal bertemu The Hammers bagi perlawanan liga pukul 8.30 malam.

Bekas pengendali Napoli itu percaya sepatutnya Liga Perdana perlu memberi kebenanran untuk membuat pertukaran jadual perlawanan, seperti yang dilakukan ketika dia bersama Serie A sebelum ini.

"Di Itali jika kamu beraksi dalam Liga Juara-Juara, kamu boleh meminta untuk bermain sebelum Jumaat atau Sabtu.

"Jika kamu beraksi dalam Liga Europa di tempat lawan, kamu boleh minta tukar perlawanan pada Isnin malam. Saya fikir ianya betul.

"Jika kamu ingin aksi kompetitif di Eropah, ia adalah betul.

"Di England, kami tidak boleh memita pertukaran itu dan perlu bermain selepas 64 jam.  Ia bukan mudah," jelasnya.

Maurizio Sarri, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain