suria

"Neymar adalah 'Kim Kardashian' bola sepak"

Barton (kiri) menggelar Neymar sebagai Kim Kardashian.

JOEY Barton melabelkan Neymar sebagai 'Kim Kardashian' bola sepak.

Barton mengkritik bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu ketika wawancara bersama L'Equipe dan turut memberitahu bahawa Neymar tidak layak disamakan dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Neymar dikritik sedemikian kerana aksinya ketika Piala Dunia Jun lalu yang menyifatkan pemain Brazil itu terlalu banyak drama.

Bagaimana pun bos kelab Fleetwood Town (liga ketiga Inggeris) itu menyifatkan Neymar sebagai fenomena baharu dalam mempromiskan jenamanya sendiri.

"Saya fikir dia adalah Kim Kardashian dalam bolasepak.

"Neymar bukanlah pemain terbaik dunia, kita lihat ketika bertemu Rusia baru-baru ini.

"Dia tidak berada sama level dengan Ronaldo dan Messi, dan terdapat ramai pemain lain di depannya.

"Neymar lebih kepada fenomena, fenomena pengiklanan seperti Kardashian," ujar bekas pemain England  itu.

Dalam pada itu, bekas pemain tengah Manchester City dan Burnley yang baharu mengendalikan Fleetwood itu mengakui sudah merasai cabaran dan bersedia untuk melangkui ke liga lebih tinggi.

"Saya berminat untuk menjadi jurulatih di Marseille satu hari nanti. Jujurnya, saya boleh melatih Marseille tanpa sebarang masalah," jelas Barton.

"Saya kenali kelab itu dari bawah hingga atas. Saya memahami orang-orangnya, budaya, saya tahu Velodrome dan tahu kelab itu amat bermakna.

"Ramai jurulatih tidak mengenali kelab tersebut. Jika saya dapat kembali ke sana, ia sesuatu yang menakjubkan."

Neymar, Joey Barton

Artikel Sebelum

Artikel Lain