suria

Klopp mengaku silap abaikan Shaqiri

XHERDAN Shaqiri bakal membuat penampilan pertama dalam Liga Perdana selepas pengurus Liverpool mengakui kesilapannnya terlepas pandang pemain tengah itu.

Pemain antarabangsa Switzerland itu menerima pakej mengejutkan dari Liverpool ketika musim perpindahan lalu dengan nilai 12.5 juta pound daripada Stoke City.

Biarpun menunjukkan aksi yang baik ketika sesi latihan, Shaqiri hanya diberi 27 minit sahaja dalam aksi liga dalam empat perlawanan, termasuk ketika aksi Liga Juara-Juara.

"Dia sangat-sangat positif. Dia bukan sahaja positif di padang, tetapi juga ketika berada di bilik persalinan. Semua orang sayangkan Shaq. Itulah dia.

"Ini adalah kesilapan saya. Dia telah melakukan yang terbaik dan jujur.

"Saya membuat keputusan berbeza tetapi masanya akan tiba, itu sudah pasti. Kami akan menggunakan dia sekarang. Dia berada dalam keadaan baik," ujar Klopp.

Shaqiri, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain