Peminat belum 'move on', Ramos dapat ancaman bunuh lepas cederakan Salah - Sukan | mStar

Peminat belum 'move on', Ramos dapat ancaman bunuh lepas cederakan Salah

KAPTEN Real Madrid dan Sepanyol, Sergio Ramos mendedahkan keluarganya menerima ancaman bunuh selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool lalu.

Ramos, 32, memberikan reaksi terhadap layanan peminat yang mengejek dan mengecamnya sepanjang perlawanan Sepanyol menentang England di Webley pada Sabtu.

Los Blancos sebelum ini mengalahkan pasukan Jurgen Klopp 3-1 pada Mei bagi merebut gelaran kejuaraan Liga Juara-Juara kali ketiga berturut-turut.

Pada perlawanan itu, Mohamed Salah mengalami kecederaan pada bahagian bahu di pertengahan babak pertama selepas bergelut dengan Ramos.

Ramos juga mencederakan Loris Karius sebelum penjaga gol itu melakukan dua kesilapan besar untuk gol pertama dan ketiga Madrid.

Beberapa peminat menuduh pemain antarabangsa Sepanyol itu sengaja mencederakan kedua-dua pemain.

Ramos berkata kepada media: "Saya cuba menghindari ejekan. Akhirnya, saya dapat merasakannya, tetapi saya jauhi semua itu. Ia tidak memberikan kesan kepada permainan saya.

"Orang hanya ingat tentang apa yang berlaku pada perlawanan akhir itu, tetapi tiada siapa yang mengingati ancaman bunuh yang diterima oleh keluarga dan anak-anak saya.

"Ini adalah isu yang sangat sensitif yang mungkin orang lain anggap sebagai jenaka dan (itulah sebabnya mereka) mengejek saya di dalam stadium.

"Saya telah menjelaskan (apa yang berlaku) dan saya tidak perlu memberi penjelasan lagi," kata Ramos.

Pemain itu berkali-kali menafikan yang dia sengaja mencederakan Salah sehingga menyebabkan penampilan pemain Liverpool itu terhad dalam Piala Dunia di Rusia. - ESPN

Sergio Ramos

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain