suria

Nicol sumbang pingat emas kedua Malaysia di Sukan Asia

JAKARTA: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David menyumbangkan pingat emas kedua bagi kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas mengungguli acara individu, di sini, Ahad.

Pemain pilihan pertama itu menumpaskan pemain remaja negara  S. Sivansangari dalam permainan lima set yang penuh mendebarkan dengan catatan 11-13, 11-9, 5-11, 11-6 dan 11-8 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Skuasy Kompleks Sukan Gelora Bung.Karno.

Ini adalah pingat emas kelima diraih Nicol pada Sukan Asia, selepas memenangi pingat emas sebanyak empat kali iaitu pada 1998, 2006, 2010 dan 2014.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu muncul naib juara selepas kalah kepada Rebecca Chiu daripada Hong Kong dalam edisi 2002 di Busan, Korea Selatan. - Bernama

Nicol David

Artikel Lain