suria

Paolo Rangel kembali?

Paolo Rangel.

KEDAH tidak mempunyai pilihan selain meraih tiga mata ketika bertemu Mifa di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada saingan Piala Malaysia malam ini.

Menurut Ketua Jurulatihnya, Azmi Aziz, barisan pemain mengetahui apa yang perlu dilakukan demi mencerahkan harapan mereka untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

"Saya juga tidak ada banyak pilihan kecuali membariskan barisan pemain yang sama ketika bertemu Mifa bagi mencapai matlamat kami untuk membawa pulang tiga mata penuh.

"Andik Varmansah masih dibelenggu kecederaan dan saya tidak ada pilihan kecuali melupakan khidmatnya untuk perlawanan kali ini.

"Liridon Krasniqi sekali lagi menjadi harapan kami untuk mengatasi Mifa dengan gandingan Sandro Da Silva sebagai ketua pasukan kerana kedua-dua pemain ini berjaya menjaringkan tiga gol ketika kita mengatasi lawan yang di Stadium Darul Aman pada 18 Ogos lalu," katanya kepada mStar Online.

Katanya, pemain perlu meneruskan perjuangan mereka pada perlawanan ini tanpa khidmat empat tonggak utama Kedah yang kini bersama skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan.

"Walaupun skuad negara sudah tersingkir setelah dengan kekalahan kepada Jepun tetapi  saya belum tahu sama ada mereka telah pulang.

"Cuma saya berharap Paolo Rangel yang baru pulih dari kecederaan dan juga pergantungan mampu beraksi kembali pada perlawanan ini.

"Rangel pasti akan mengukuhkan barisan serangan jika dia mampu dibariskan pada perlawanan ini selepas dia kembali menjalani latihan sebelum kami bertolak ke Kuala Lumpur Jumaat lalu.

"Apa yang perlu dilakukan oleh barisan pemain adalah memastikan prestasi yang sama dengan semangat juang yang tinggi untuk mencari kemenangan pada perlawanan malam ini," ujarnya.

Azmi memberitahu, penyokong setia pasukan Kedah diharap dapat memenuhi ruang stadium MBPJ demi membakar semangat semangat pemain Kedah.

Paolo Rangel

Artikel Lain