suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo halang Cuadrado pindah ke kelab lamanya!

Ronaldo didakwa menghalang Cuadrado untuk menyertai Real Madrid. - Reuters

BINTANG Juventus Cristiano Ronaldo dilaporkan menghalang Juan Cuadrado daripada meninggalkan kelab itu untuk berpindah ke kelab lamanya, Real Madrid pada musim panas ini.

Kelab gergasi Sepanyol itu berminat ke atas pemain kelahiran Columbia tersebut kerana melihat dia sebagai calon terbaik untuk menggantikan seseorang seperti Lucas Vazquez.

Don Balon mendakwa Ronaldo secara peribadi masuk campur untuk menghalang Cuadrado pergi kerana dia berasa pemain itu boleh menjadi anggota pasukan yang berguna untuk skuad Juve.

Kelab gergasi Itali itu nampak seperti ingin meletakkan Ronaldo dalam posisi penyerang tengah memandangkan bintang Portugal itu mempunyai rekod jaringan yang membanggakan.

Sebagai seorang penyerang, Ronaldo perlu bergantung kepada hantaran berkualiti daripada pemain seperti Cuadrado yang dilihat sebagai pelengkap kemahiran yang dimilikinya. - Caught Off Side

Cristiano Ronaldo, Juan Cuadrado

Artikel Berikut

Paolo Rangel kembali?

Artikel Lain