Jesus perkuat City dua tahun lagi - Sukan | mStar

Jesus perkuat City dua tahun lagi

PENYERANG Manchester City, Gabriel Jesus menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu.

Dengan kontrak baharu itu, Jesus akan memperkuat City sehingga 2023.

Bintang Brazil berusia 21 tahun itu menjaringkan 24 gol dalam 53 perlawanan sejak menyertai City pada Januari 2017.

"Saya boleh katakan ia keputusan terbaik yang dibuat dalam hidup saya untuk datang ke Manchester City. Saya banyak berubah menjadi pemain profesional dan juga individu yang lebih baik.

"Pep memainkan peranan penting dalam membawa masuk saya ke sini begitu juga kelab. City adalah kelab besar dan saya mahu mengucapkan terima kasih atas segalanya," kata Jesus.

Jesus yang mewakili Brazil pada Piala Dunia bulan lalu, kembali berlatih bersama City minggu ini.

City akan bertemu juara Piala FA, Chelsea pada aksi Piala Perisai Komuniti pada Ahad.

Gabriel Jesus , Manchester City

Artikel Sebelum

PBJ usul Kafa buat sidang tergempar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain