suria

Jun Hoong cedera teruk, terpaksa lupakan Sukan Asia

KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan satu lagi prospek pingat emas apabila ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong terpaksa menarik diri daripada Sukan Asia 2018 di Indonesia, ekoran kecederaan kronik pada lutut kirinya.

Juara dunia itu dinasihat oleh Pengarah Bahagian Perubatan Sukan Institut Sukan Negara (ISN) Dr Arshad Puji untuk berehat daripada menyertai sebarang kejohanan dan juga sesi latihan untuk tempoh antara enam dan sembilan bulan.

“Kali pertama lutut saya bengkak dua minggu lepas, saya segera jumpa doktor di ISN dan menjalani pemulihan, selepas itu pulih seperti sediakala namun ia bengkak buat kali kedua.

“Jadi doktor menasihatkan saya berehat daripada sebarang aktiviti. Memang agak kecewa dan sedih kena lupakan aksi pada Sukan Asia,” katanya pada sidang media di Pusat Akuatik Nasional di sini, Jumaat.

Jun Hoong yang mengalami kecederaan itu sejak dua minggu lepas, dijadual bersaing dalam acara 10m platform individu dan 10m platform seirama.

Sebelum ini, kontinjen Malaysia kehilangan prospek emas selepas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei disahkan tidak akan beraksi pada Sukan Asia 2018 ekoran masalah pernafasan.



Jun Hoong, Sukan Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mina 'setuju' syarat United

Artikel Lain