suria

Piala AFF B-16:"Mental sangat kental, semangat membuak-buak"

Foto:AFF

PETALING JAYA: Pengurus skuad muda Bawah 16 Tahun (B-16) negara yakin barisan pemainnya akan terus berjuang bagi mengharungi perlawanan kedua Kumpulan B Piala AFF di Surabaya, Indonesia.

Datuk S. Sivasundaram berkata, selepas perlawanan pertama Isnin lalu, mental dan fizikal pemain semakin baik.

"Walaupun tewas dengan Thailand pada aksi pertama, mereka tidak rasa kecewa, malahan semangat semakin membuak-buak untuk melakukan yang terbaik.

"Masa lawan dengan Thailand tempoh hari, cuma nasib tidak menyebelahi kita apabila silap menjaringkan gol sendiri.

"Tetapi mereka semua akan perbaiki pada perlawanan kedua bertemu Brunei petang ini," jelasnya kepada mStar Online.

Jelas Siva, kesemua pemain berada dalam keadaan baik tanpa kecederaan serius.

"Mereka dapat mengatasi tekanan di luar padang dengan baik. Saya memang puji mental mereka.

"Apa yang saya tengok, semua pemain ini sangat fokus dan saya berharap mereka akan mencatat kemenangan pada perlawanan seterusnya," tambahnya.

Pasukan Malaysia diundi berada dalam Kumpulan B bersama Thailand, Laos, Brunei dan Singapura.

Pada aksi pertema, skuad negara tewas 2-1 kepada Thailand.

Bawah 16 tahun, Piala AFF

Artikel Sebelum

Mina 'setuju' syarat United

Artikel Berikut

Artikel Lain