suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tandatangan 'palsu', Willian guna peguam

PENYERANG Chelsea, Willian bakal mendapatkan nasihat undang-undang berkaitan dengan surat pelantikan ejennya.

Bintang Chelsea itu memberitahu, surat pertukaran ejen tersebut tiada kaitan dengannya.

"Beberapa hari ini saya difahamkan surat kebenaran untuk ejen Fifa menjadi tumpuan di pasaran bola sepak," jelasnya di laman Instagram.


"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah menandatangani surat seperti itu, dan menafikan kandungannya.

"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang berkaitan sebelum ke mahkamah atau pihak berkuasa.

"Saya harap dengan penjelasan ini, tidak timbul lagi salah faham.

"Willian sebelum ini dikaitkan akan berpindah ke Manchester United, Barcelona dan Real Madrid.

Willian, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain