Sukan Asia: Skuad ragbi uji persiapan akhir di Jepun - Sukan | mStar

Sukan Asia: Skuad ragbi uji persiapan akhir di Jepun

KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi kebangsaan akan menyertai perlawanan jemputan 7s pada 2-6 Ogos ini di Sapporo, Jepun sebagai medan terakhir menguji ketahanan fizikal dan kecergasan skuad sebelum ke Sukan Asia di Indonesia.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata badan induk itu menyasarkan satu pingat gangsa pada Sukan Asia nanti walaupun mengakui pasukan berdepan laluan sukar apabila diundi akur dengan Jepun, Taiwan dan Indonesia.

“Pasukan kini berada di Kuching, menyertai kejohanan di sana. Walaupun ia hanya kejohanan pemanas badan, saya berpendapat dengan sertai kejohanan dan menjalani latihan, persiapan pasukan lebih seimbang. Jika hanya melakukan latihan semata-mata, pemain akan bosan.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat sparring dengan pasukan-pasukan lain. Majlis Olimpik Malaysia tidak meletakkan sebarang pingat kepada pasukan. Walaupun Sukan SEA lebih  rendah berbanding Sukan Asia, tetapi saya percaya pasukan berpeluang untuk meraih pingat,” katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KRM di Casa I, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Sementara itu mengenai status pelantikan jurulatih Brad Mika, Shahrul menjelaskan KRM akan memberikan kontrak berkala kepada jurulatih itu untuk mengendalikan skuad kebangsaan kerana Mika masih mempunyai kontrak dengan Persatuan Ragbi Sabah.

“Sebenarnya dia tidak perlu menandatangani  kontrak yang panjang dengan KRM, kerana beliau mempunyai kontrak dengan Persatuan Ragbi Sabah. Persetujuan awal dengan Persatuan Ragbi Sabah adalah kami bersetuju meminjamkan Mika kepada KRM pada masa yang diperlukan.

“Tetapi paling penting adalah persetujuan pihak pengurusan, Mika dan jawatankuasa berprestasi tinggi tentang program yang akan dilakukan. Selepas itu baharu pihak persatuan akan memuktamadkan kontrak berkala beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrul berkata KRM akan ke Tokyo, Jepun untuk mengadakan perbincangan dengan Kesatuan Ragbi Jepun mengenai cadangan program kerjasama bagi mewujudkan Liga Semi-Profesional atau Liga Profesional di Malaysia pada awal bulan depan.

“Kami bercadang untuk meniru cara  mereka mengendalikan Liga Profesional di sana. Saya lihat semua penaja mempunyai pasukan dalam Liga profesional di Jepun. Kebanyakan syarikat itu mempunyai anak syarikat di sini, jadi kami berharap anak-anak syarikat (penaja) Jepun yang berada di sini mahu menaja pasukan dalam Liga Pro atau Semi-Pro nanti.

“Negara-negara besar dalam sukan ragbi sudah beralih kepada Liga Profesional, kalau mahukan pasukan negara sampai ke tahap dunia, kita perlu menjurus ke arah itu.  Pemain kita lebih kompetitif dan menjadi pemain sepenuh masa,” jelasnya.- Bernama

Ragbi , Sukan Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain