suria

Alisson dedah mesej Salah sebelum pindah ke Liverpool

ALISSON Becker kini sah milik Liverpool.

Malah penjaga gol Brazil itu mendedahkan punca dia menyertai Liverpool dengan rekod perpindahan dunia bernilai 55.9 juta pound sterling (RM298 juta).

Alisson mendakwa Mohamed Salah memain peranan besar dalam keputusannya.

Salah dan Alisson merupakan rakan baik semasa di Roma.

Alisson mendedahkan mesej yang diterimanya daripada Salah sebelum dia memuktamadkan masa depannya bersama Liverpool.

"Kami tidak banyak berhubung selepas dia (Salah) meninggalkan Roma.

Mohamed Salah.

"Kami bertemu semula pada perlawanan Liga Juara-Juara, April lalu.

"Semalam dia hantar mesej kepada saya:"Hey, apa yang anda tunggu lagi? Memandangkan rundingan di peringkat akhir, saya balas mesej itu dengan berkata:"Bertenang, saya dalam perjalanan ke sana!."

"Saya amat gembira kerana berpeluang beraksi semula dengan Salah. Selain pemain terbaik, dia mempunyai karakter besar dan juga seorang yang handal.

"Untuk bersama dengan pemain handal merupakan sesuatu yang menakjubkan untuk saya," kata Alisson.

Alisson menjadi penjaga gol paling mahal di dunia, memintas rekod dicipta Manchester City terhadap Ederson bernilai 34.7 juta pound sterling (RM185 juta) pada musim panas lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain