suria

Bolt bakal dikenali sebagai pemain bola sepak

Bolt menjalani latihan bersama kelab Stromsgodset.

USAIN Bolt bersedia bakal menjalanu ujian latihan bersama kelab Liga Australia, Coast Mariners.

Bekas raja pecut dunia itu tidak berselindung untuk  menjadi pemain bola sepak sebaik sahaja bersara dari dunia olahraga selepas Kejohanan Dunia di London tahun lalu.

Atlet Jamaica itu pernah menjalani latihan bersama Borussia Dortmund dan kelab Norway,  Stromsgodset.

Bolt (dua kanan) ketika menjalani ujian latihan bersama Borussi Dortmund sebelum ini.

Bolt juga tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia Ahad lalu.

Dia bakal menjalani latihan di Australia bermula Ogos ini selama enam minggu dan sekiranya lancar, Bolt akan menyertai kelab New South Wales secara pinjaman sepanjang musim.

Kelab Mariners yang menamatkan saingan di tangga tercotor Liga-A musim lalu yakin kehadiran Bolt merupakan penjanjian profesional, malah terdapat beberapa lagi kelab lain yang berminat kepadanya.

Coast Mariners kini melantik bekas pembantu Manchester United, Mike Phelan sebagai pengarah sukan kelab itu.


Usain Bolt, pemain bola sepak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain