suria

United sah jual Blind

MANCHESTER United mengesahkan akan menjual Daley Blind.

Pemain antarabangsa Belanda itu bersedia untuk kembali ke Ajax selepas empat musim berada di Old Trafford.

Malah Blind juga dilihat sudah bersama skuad Ajax ketika sesi latihan pra musim pada Isnin.

Berdasarkan laporan, Ajax akan membayar kos awal sebanyak 16 juta euro untuk Blind namun perjanjian sebenar mungkin mencecah 12 juta euro.

Pemain serba boleh itu dibeli ketika skuad dibimbing Louis van Gaal dan telah merekodkan 141 pernampilan bersama United sejak menyertai pada tahun 2014.

Bagaimana pun, hanya tujuh aksi dilihat sepanjang saingan Liga Perdana musim lalu di bawah kendalian Jose Mourinho.

Daley Blind, Manchester United, Ajax

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain