suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Griezmann selangkah ke Camp Nou

BINTANG Atletico Madrid Antoine Griezmann semakin hampir berhijrah ke Barcelona selepas bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama kelab Catalan itu.

Akhbar Sepanyol Sport mendakwa Barca berjaya memuktamadkan rundingan dengan Griezmann yang akan menyaksikan dia memperkuat pasukan itu selama lima tahun.

Perpindahan itu hanya sah sebaik sahaja klausa pembeliannya diaktifkan.

Griezmann akan menerima bayaran gaji asas sebanyak 15 juta euro setiap musim termasuk bonus dan akan menjadi pemain kedua menerima gaji tertinggi dalam skuad itu selepas Lionel Messi.

Malah, Messi dilaporkan menjadi individu penting dalam meyakinkan Griezmann untuk berhijrah ke Barcelona.

Bercakap selepas perlawanan akhir Barca musim ini, Messi berkata dia amat meminati bekas pemain Real Sociedad itu.

"Dia seorang pemain terbaik ketika ini. Kami amat berbangga dia akan menjadi sebahagian daripada pasukan ini," katanya.

Difahamkan Barca bersedia membayar lebih sedikit daripada klausa pembelian Griezmann untuk melancarkan perbincangan dengan Atletico dan memastikan kata putus dicapai sebelum Julai depan.

Antoine Griezmann, Barcelona

Artikel Sebelum

Selamat tinggal Ghaddar!

Artikel Berikut

Malaysia benam Rusia 5-0

Artikel Lain