Piala FA: Pahang benam JDT, PKNP Kejutkan Felda United - Sukan | mStar

Piala FA: Pahang benam JDT, PKNP Kejutkan Felda United

Pemain Pahang meraikan kemenangan mereka selepas berjaya menewaskan JDT 3-0. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jaringan hatrik Patrick dos Santos Cruz berjaya membantu Pahang membenam Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-0 secara agregat dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2018 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin malam Jumaat, sekali gus mara ke separuh akhir saingan berkenaan.

Naib juara Piala FA 2017, Pahang membuka jaringan seawal minit kesembilan apabila rembatan penyerang import dari Brazil itu, gagal ditangkap penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias.

Bermula babak kedua, skuad Tok Gajah yang juga merupakan juara dua kali (2006, 2016), menggandakan jaringan pada minit ke-58 apabila Patrick bijak meledak masuk bola hantaran M. Kogileswaran Raj ke dalam gawang pendahulu Liga Super itu.

Skuad Harimau Selatan yang juga merupakan juara edisi 2016, cuba mengurangkan defisit apabila jurulatih Raul Marcos Longhi Aizpun memasukkan Safiq Rahim pada minit ke-69, namun ia tidak mendatangkan hasil, malah Patrick melengkapkan hatrik pada minit ke-76, menyaksikan JDT tewas buat kali pertama di stadium keramat pasukan itu sejak 2015.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 6 April lalu.

Pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC pula melakar kejutan dengan menewaskan pendahulu Liga Premier 2018, Felda United 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Walaupun keputusan agregat terikat 2-2 selepas Felda United meraih kemenangan 1-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang pada 7 April lepas, PKNP FC mara ke separuh akhir berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Pasukan pelawat berjaya memperoleh jaringan pertama pada minit ke-14 menerusi tandukan kaptennya, Muhd Shahrel Fikri Md Fauzi hasil sepakan percuma Mohamad Hafiz Ramadan.

Tersentap dengan jaringan itu, skuad ‘The Fighters' bangkit menyamakan kedudukan melalui Wan Zack Haikal Wan Noor yang melakukan jaringan cantik menerusi sepakan percuma pada minit ke-25.

Muhd Shahrel muncul wira pasukan PKNP FC apabila menjaringkan gol kedua menerusi tandukan kencang selepas menerima hantaran Mohamad Ezanie Mat Salleh pada minit ke-42, sekali gus menyaksikan penampilan separuh akhir pertama Piala FA kepada PKNP FC.

Dua lagi aksi suku akhir kedua malam esok, melibatkan Selangor bertemu Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, dengan skuad Gergasi Merah mempunyai kelebihan 3-0, manakala Perak akan berdepan PKNS FC di Stadium Perak, Ipoh.

PKNS FC mencatat kemenangan 2-1 pada suku akhir pertama.

Perlawanan separuh akhir dijangka berlangsung pada 22 dan 23 Jun ini. - BERNAMA

Piala FA , JDT , Pahang

Artikel Sebelum

Tahniah! bangga dengan anda

Artikel Berikut

PSG, Monaco intai Wenger

Artikel Berkaitan

‘Belum boleh selesa lagi...’

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain