Marcote Beri Bayangan Masa Depannya Bersama Kedah - Sukan | mStar

Marcote Beri Bayangan Masa Depannya Bersama Kedah

Foto: Instagram Marcote.

PETALING JAYA:  Ramon Marcote akan memutuskan masa depan bersama Kedah dalam tempoh terdekat.

Bekas pengendali Atletico Madrid itu direhatkan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih pada Rabu berikutan prestasi hambar skuad musim ini.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberikan tugas baharu kepada Marcote dengan memberikan jawatan Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA.

Jurulatih itu itu memberitahu akan mendedahkan keputusannya dalam beberapa hari sahaja lagi dalam posting di laman Instagram pada Khamis.

"Dalam tempoh beberapa hari lagi, saya akan memutuskan masa depan. Walau apa pun keputusan, saya tetap rasakan Kedah selalu menjadi 'rumah saya'."

Marcote tiba di Kedah buat kali kedua selepas 2016, apabila menjadi pilihan utama mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih skuad Hijau Kuning musim ini.

Lebih menarik, pemilihannya untuk kembali ke Alor Setar adalah disebabkan penyokong-penyokong yang sentiasa menagih sentuhan bola sepak moden daripadanya.

Sebelum ini Marcote pernah bersama Kedah sebagai pembantu jurulatih kepada Tan Cheng Hoe.

Ramon Marcote

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain