suria

“Coach Ramon OK, Ada Pemain Kami 'Tak Mau Dah'...” - Penyokong Kedah

Marcote (kanan). Foto kredit: KFA

PETALING JAYA: Keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menukar posisi Ketua Juruatih Ramon Marcote mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong setia Lang Merah.

Marcote diberikan peranan baharu memegang jawatan Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA berkuat-kuasa serta merta selepas mengambil kira prestasi pasukan sejak kebelakangan ini.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati ramai penyokong Kedah yang menggambarkan kemerosotan pasukan bukan disebabkan Marcote, sebaliknya disebabkan faktor pemain.

Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Kedah (PBK), Fazli Mansor berkata pasukan sepatutnya mencari penyerang baharu.

"Penyerang yang ada sekarang (Pablo Pallares) terlalu tumpul. Banyak kali dah bagi peluang, kami tak 'mau' dah.

"Pemilihan penyerang inilah yang menyebabkan pasukan kalah. Coach Ramon OK," ujarnya ketika dihubungi mStar online, Khamis.

Pallares dikatakan mempunyai serangan tumpul. Foto:KFA

Jelas Fazli, dia tidak menyalahkan KFA berhubung keputusan yang dibuat terhadap Marcote.

"Mungkin KFA mahu bagi pengajaran kepadanya. Lepas ni coach Mohd Nidzam Adzha mengambil alih dan berharap semuanya akan lancar.

"Cuma kami harap apabila jendela perpindahan pemain nanti dibuka, mereka dapat mencari penyerang baharu.

"Penyerang tempatan ada yang hebat, seperti Zafuan Azeman tetapi dia kini dalam proses pemulihan. Dan boleh gunakan pemain muda, Akhyar Rashid sebagai 'back up," jelasnya.

Dalam pada itu, netizen di Facebook turut mempertikaikan tindakan KFA itu sebagai terlalu cepat menjatuh hukum.


"Tindakan kurang bijak dari KFA...rugi...sepatutnya half season (separuh musim) ok la...dok ikut sangat penyokong lalang...!!.

Seorang lagi netizen berkata: "Sabaq laaa RM (Ramon Marcote)...walaupun depa tak caye ngan hang, aq (aku) masih lagi percaya...".

Lewat Rabu malam, Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Yusdi Madeonus Mohamad Yunus mengumumkan bahawa Marcote ditukar ke bahagian lain dan tugasnya itu akan diambil alih oleh Penolong Jurulatih Mohd Nidzam Adzha.

Artikel berkaitan: “Selamat Maju Jaya Buat Marcote Dengan Tugas Baharu”

PBK, Ramon Marcote, KFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain