"Jurgen Klopp Hipokrit" - Mourinho - Sukan | mStar

"Jurgen Klopp Hipokrit" - Mourinho

JOSE Mourinho mengkritik Jurgen Klopp sebagai seorang yang hipokrit kerana mengikat Virgil van Dijk dengan nilai £75 juta (RM411 juta).

Ketika Manchester United ingin menandatangani pemain yang telah mencipta rekod dunia, Paul Pogba sebanyak £89 juta (RM488 juta) pada tahun lepas, Klopp mendakwa dia lebih sanggup ucap selamat tinggal kepada bola sepak daripada membayar sebanyak itu kepada seorang pemain.

Mourinho percaya tindakan bos Anfield itu bercanggah dengan prinsipnya apabila dia bersetuju untuk menjadikan Van Dijk sebagai pertahanan paling mahal dalam sejarah yang akan menyertai Liverpool selepas beralih daripada Southampton minggu depan.

"Itu adalah perasaan Jurgen ketika dia tiba di Liverpool. Dia sangat yakin dengan kualitinya sebagai jurulatih yang baik dan memang dia seorang yang bagus.

"Sekarang dia sedar yang itu sahaja tidak mencukupi. Untuk menjadi juara, memenangi Liga Juara-Juara dan menjulang trofi; dia memerlukan lebih daripada itu," kata Mourinho.

Mourinho pada Jumaat berkata, dia tidak akan membuat sebarang pembelian pemain pada bulan depan.

Namun, Sportsmail mendedahkan bahawa bos United itu boleh membelanjakan hampir £100 juta (RM548 juta), tetapi hanya akan menjadi realiti jika dia boleh melepaskan Henrikh Mkhitaryan pada nilai £35 juta (RM192 juta) dan Matteo Darmian £18 juta (RM98 juta). - Daily Mail

Artikel Sebelum

Klopp Bukan Nak Membazir

Artikel Berikut

Ronaldo Beri Amaran Kepada Coutinho

Artikel Berkaitan

Barca Sedia £140 Juta Demi Coutinho

Klopp Bukan Nak Membazir

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain