PENYERANG legenda, Ronaldo memberi amaran kepada pemain Philippe Coutinho mengenai Barcelona.
Pemain sayap The Reds berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan skuad Ernesto Valverde di Barcelona.
Dedah Ronaldo, Barcelona gagal melayan pemain kelahiran Brazil dengan baik.
"Saya lebih gembira dikaitkan dengan Real Madrid walaupun mempunyai tahun yang cemerlang bersama Barcelona.
"Pada akhirnya, sejarah saya bersama Barca sangat teruk seperti yang berlaku kepada Neymar.
"Barcelona sentiasa mempunyai isu dengan pemain Brazil seperti, Neymar, Romario, Ronaldinho dan juga saya.'Kami dilayan 'teruk' oleh kelab pada penghujungnya, selepas kami memberi sumbangan dan didikasi kepada kelab," ujarnya kepada Esporte Interativo.
Ronaldo menghabiskan semusim di Nou Camp namun 'mati' di depan gol walaupun berjaya meledak 34 gol daripada 37 penampilan. Selepas itu dia berpindah ke Inter Milan sebelum kembali ke Sepanyol bersama Real Madrid pada tahun 2002.
Jelasnya, dia berada 'penat' kerana sentiasa menjadi subjek di tepi padang dan dan tidak berasa selesa.
Senarai pemain Brazil bersama Barcelona:
Evaristo de Macedo - 1957-1962
Romario 1993-1995
Ronaldo - 1996-1997
Rivaldo - 1997-2002
Sonny Anderson - 1997-1999
Ronaldinho - 2003-2008
Silvinho - 2004-2009
Edmilson - 2004-2008
Dani Alves - 2008 - 2016
Maxwell - 2009-2012
Adriano - 2010-2016
Rafinha - 2011-Present
Neymar - 2013-2017
Paulinho - 2017-Present


