suria

Silva Tegaskan Kedah Tempat Terbaik

Foto kredit: KedahFA

PETALING JAYA: Alvaro Silva menafikan laporan bahawa dia akan menyertai kelab di Thailand.

Pemain pertahanan tengah berusia 33 tahun itu berjaya menarik minat pengendali baharu Kedah, Ramon Marcote sekali gus mengisi salah satu slot pemain import Asia bagi skuad Lang Merah.

Silva yang lahir di Sepanyol, namun mempunyai kewarganegaraan Filipina merupakan bekas pemain Ha Noi.

"Saya tidak tahu kenapa wartawan menulis saya menyertai pasukan lain di Thailand.

"Saya baru balik dari Hanoi untuk menyelesaikan urusan dokumen dan bersedia bermain untuk Kedah.

"Saya tidak perlu memberitahu kepada orang lain ke mana saya mahu pergi.

"Di Alor Setar adalah tempat terbaik untuk saya dan keluarga," ujarnya dalam satu kenyataan di laman Fecabook rasmi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada Jumaat.

Bagaimanapun status Silva di laman Wikipedia menunjukkan dia bersama pasukan Sukhothai pada musim 2018 ini.


Silva merupakan pemain kebangsaan Filipina dan mempunyai pengalaman luas dalam liga antarabangsa apabila beraksi untuk kelab Liga Sepanyol, Malaga.

Malah dia juga pernah menyarung jersi kelab Korea Selatan, Daejeon Citizen pada tahun 2015-2016 sebelum bersama Ha Noi (2017).

Nama Silva dalam kalangan peminat bola sepak Kedah tidak asing lagi kerana dia hampir menyarung jersi Lang Merah tahun lalu, namun tidak dapat diteruskan kerana isu teknikal.

Marcote diberi mandat penuh untuk memilih tiga lagi kuota pemain import skuad hijau kuning.

Silva akan mengisi posisi Zac Anderson.

Pengesahan Silva sebagai pemain import ketiga Kedah tertakluk kepada pemeriksaan rekod perubatan dan penilaian akhir Marcote.

Alvaro Silva

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain